Ini Probiotik

Kefir air / tibicos - probiotik indah, rahsia seumur hidup

1

Apakah itu Kefir Air?

Kefir air adalah minuman yang ditapai dengan manfaat penuh probiotik bakteria daripada proses fermentasi bibit kefir air.

Ia cepat, MURAH dan mudah untuk disediakan, dan setelah dibancuh, benar-benar lazat. Bahkan anak-anak kecil boleh menikmatinya. Ia mempunyai sedikit rasa manis dan rasa ragi seperti air lebihan tapai beras atau tapai ubi, bergantung kepada bagaimana ia telah disediakan. Kefir air adalah sumber luar biasa bakteria berfaedah; ia juga mengandungi pelbagai enzim dan asid organik, dan pelbagai vitamin B, vitamin K dan asid folik (*).

Kefir berarti "perasaan baik" dalam bahasa Turki. Bibit Kefir Air juga dikenali sebagai tibicos atau Alga Kristal Jepun.

Kefir air dibuat dengan merendam bibit kefir air (struktur seakan-akan agar-agar yang kecil dan lutsinar yang terdiri daripada pelbagai bakteria dan yis), air mineral dan gula. Bibit kefir air putih lutsinar dan mudah pecah apabila tersepit di antara jari-jari. Mereka lebih dekat menyerupai kristal yang tidak teratur. Anda boleh makan butir kefir, mereka tidak mempunyai rasa yang banyak tapi adalah probiotik yang baik.

Jika anda seperti saya tidak mahu mengambil produk kefir susu, kefir air adalah alternatif yang baik sebagai sumber probiotik bukan tenusu yang sangat baik. Lain-lain makanan probiotik bukan tenusu adalah termasuk kombucha , sauerkraut, tempoyak dan juga budu serta cencaluk.

Hanya kerana membuat kefir air menggunakan gula yang banyak dan mungkin tinggi kandungan gula, jangan mudah merasa takut. Ini kerana gula yang banyak itu adalah makanan yang akan dicernakan oleh bakteria dan yis bibit kefir air tersebut.

Oleh itu kefir air perlu untuk hidup dalam media gula. Kefir air menyembuhkan candida, dan sesuai untuk pesakit kencing manis dalam kuantiti yang kecil dengan syarat mereka memantau tahap gula dalam darah mereka. Banyak manfaat kefir air yang terlalu penting dalam hidup kita untuk tidak mampu kita abaikan.

Bibit kefir air adalah kultur bakteria dan ragi didalam matriks polisakarida yang dibuat oleh beberapa bakteria. Mikroba dalam bijirin kefir bertindak dalam simbiosis untuk mengekalkan kultur yang stabil. Mereka boleh melakukan ini dalam banyak cecair manis yang berbeza, makan dari gula untuk menghasilkan asid laktik, asid asetik, alkohol (etanol) dalam kualiti yang dibenarkan (0.64% di bawah 1% fatwa minuman yang dihasilkan bukan bertujuaan untuk memabukkan), dan gas karbon dioksida yang akan meng-karbonat-kan minuman. Apabila dijaga dengan baik dan teratur kultur ini, mereka menghasilkan minuman probiotik yang kaya, terus berkembang dan membiak selama-lamanya.

Kefir air sangat berbeza dengan kombucha, bakteria dan yis yang berbeza, nutrien yang berbeza, faedah terapeutik yang berbeza dan rasa yang sama sekali berbeza. Anda tidak boleh membandingkan atau menggantikan satu dengan yang lain.

Anda boleh membancuh kefir air dengan pelbagai buah-buahan, air kelapa, dan pelbagai jenis gula semulajadi (bukan gula berproses seperti gula putih), yang menghasilkan rasa yang kompleks dan indah. Selepas anda memeram kefir air / tibicos anda, ia adalah mudah untuk menambah perisa lain selepas itu.

*. K. Ramotar, J. M. Conly, H. Chubb, T. J. Louie. Production of Menaquinones by Intestinal Anaerobes The Journal of Infectious Diseases, Vol. 150, No. 2, Augugust 1984. (pp. 213-218) Article

1 comment: Leave Your Comments

  1. Assalammualaikum masih ada bijirin kefir tak . klu nak beli camne ye

    ReplyDelete