Ini Probiotik

Fermentasi Kedua Air Kefir.

0
Tujuan fermentasi kedua adalah untuk memberi perisa dan memberi buih karbonat bergas kepada soda anda.


Ada orang suka minum air bening kefir begitu sahaja selepas di tapis, namun anda boleh perisakannya dengan jus kegemaran anda atau potongan buah-buhan kesukaan anda (namun tidak digalakkan meletak kurma, kismis atau anggur jika mampu). Kalau mahu lebih berkarbonat biarkan di atas meja dapur untuk 8 jam. Kemudian masukkan peti ais dan minum ketika sejuk.

Senarai buah-buahan yang biasa di tambah kepada fermentasi kedua:

  • Nenas
  • Epal
  • Buah pir
  • Buah Naga
  • Kismis (tanpa sulfur)
  • Bunga Roselle
  • Strawberi
  • Rasberi
  • Kurma 
  • Buah Tin kering

Jika anda masukkan ke dalam botol, jangan lupa untuk sendawakan botol anda (burping) dengan membuka petutup setiap 2 jam. Jika anda berkerja atau mahu tidur boleh pasangkan belon di atas penutup botol. Ini supaya botol tidak pecah dan meletup.

KESELAMATAN PENGGUNAAN BALANG/BOTOL KACA ADALAH PENTING. JANGAN LUPA UNTUK SENDAWAKAN BALANG/BOTOL KACA ANDA SENANTIASA

Rupa Air Kefir Fermentasi Kedua yang sudah matang




Minum kefir anda dalam masa 24-48 jam kerana jika di simpan dalam peti ais masih berlaku sedikit pemeraman namun agak perlahan


Roselle dan Hirisan Strawberri
Anda boleh merebus kelopak roselle dengan sedikit gula merah organik dan seduhkan
Kemudian tambah dalam nisbah 30% jus roselle dan 70% air fermentasi kefir 
Biarkan di suhu bilik selama 8 ke 12 jam sebelum di sejukkan
JANGAN LUPA UNTUK SENDAWAKAN BOTOL


Air Kefir dan Rasberi


Air Kefir dan Jus Nenas


Air Kefir dengan hirisan Apple. Sebelahnya bersama- sama jug buah naga



0 comments:

Post a Comment