Ini Probiotik

Membeli Susu Kambing Segar untuk Bibit Kefir Susu (Milk Kefir)

*Entry berguna untuk mereka yang memerlukan susu kambing segar (raw) tanpa pasteur tanpa homoginized.



Sepatutnya nak buat entry pasal perbezaan beta casein A1 dan beta casein A2. Both ada "milk protein" dan ada banyak perbezaan dari segi kesihatan dan juga for asthmatics and eczema kids/people. Tapi masih belum berkesempatan nampaknya.

so I just take this quote first for my readers utk better understand kenapa sy nak cuba bagi Mimi goat's milk pula

What is A2 milk?
A2 is the name of a milk protein that was in all dairy herds until a natural mutation occurred in the European herd thousands of years ago.
Milk from Jersey cows, Guernsey cows, camels, sheep, buffalo, yaks, donkeys, goats, and Asian cows naturally contain mostly these A2 beta casein proteins, whereas milk from cows such as Holsteins usually contains mostly the protein variant called A1 beta casein. In the 1970s, Australian dairy herds switched from using Jersey cows to Holsteins and at that time some dairy farmers’ families noticed effects on their health, keeping a Jersey cow for their own use.
A2 is also the brand name of milk containing predominantly A2 beta casein protein (see www.a2australia.com.au).
What are the health benefits of A2 milk?
Milks containing mostly A2 proteins are often said to be better for ‘allergies’ (such as gut, skin rashes, hayfever, cough). There is also research to suggest that A1 beta casein may be associated with serious health conditions such as heart disease, diabetes type 1 and autism.
From the Food Intolerance Network point of view, we are interested in the reports from our members who have noticed improvements by switching to A2 milk – and I am one of them (for allergic rhinitis).
For long term heart health, a number of men who have read the book Devil in the Milk – including my husband – wont touch A1 milk again.
Families seem to find the switch to A2 milk the easiest of all dietary changes to make. It seems to work best for people with physical symptoms – such as gut, rashes, ear infections – than behaviour, although some children with behavioural conditions do improve on A2 milk. However, they may do even better on soymilk or ricemilk and some children who are affected by A1 milk are affected as badly by A2 so you need to do a challenge. 
SOURCE : http://www.fedupwithfoodadditives.info/factsheets/FactA2milk.htm

SO I DID THE CHALLENGE
I know my brother and sister in law dah lama amalkan susu kambing ni, but have never crossed my mind yet to try until I was fully confident that I sepatutnya bagi mimi RAW MILK

Tapi selepas confident enough, dan hasil membacaan daripada blog RAW MOM tu (sila rujuk bawah sekali blog ni, ada links kepada raw milk).

And you see, my brother 6 tahun tak ada anak, until dia dan isteri amalkan minum susu kambing dan kurma. SO if it is THAT good why not kan?

When I took the challenge, I was about to go down with flu and batuk. BUT amazingly, lepas minum ni, my simptoms berkurangan.

So here is my source from Lembah Paya Goat Farm.



Ladang kambing Encik Safril ni ada di :

LOT 1068
Kg. Lembah Paya Salak
43900 Sepang 
Selangor

Jadinya siapa yang mungkin lebih dekat dengan area Sepang tu (macam di Putrajaya ke, Seremban ke) weekend bolehlah pay a visit ke sana. Boleh call dia dulu : MOHD SAFRIL 013-3456090



Ni my brother dan his BIL tengah beli fresh dari ladang. Selain itu, dia juga jual di Pasar Tani Hari Ahad di perkarangan stadium Shah Alam di seksyen 13 tu. Ni gerai dia. 




Rasa susu ni memang sedap. Tidak berbau sebab my brother kata, Encik Safril MANDIKAN tau kambing-kambing dia hehehe


Kenapa pula tiba-tiba nak cuba alternative ni dan bukan SUSU LEMBU BETA CASEIN A2 yang RAW? Itu dalam posting yang seterusnya ya....so TUNGGU. But I just nak uols tengok bawah ni hehehe


cubalah sendiri...then boleh give me fed back ok 







Fermentasi Kedua Air Kefir.

Tujuan fermentasi kedua adalah untuk memberi perisa dan memberi buih karbonat bergas kepada soda anda.


Ada orang suka minum air bening kefir begitu sahaja selepas di tapis, namun anda boleh perisakannya dengan jus kegemaran anda atau potongan buah-buhan kesukaan anda (namun tidak digalakkan meletak kurma, kismis atau anggur jika mampu). Kalau mahu lebih berkarbonat biarkan di atas meja dapur untuk 8 jam. Kemudian masukkan peti ais dan minum ketika sejuk.

Senarai buah-buahan yang biasa di tambah kepada fermentasi kedua:

  • Nenas
  • Epal
  • Buah pir
  • Buah Naga
  • Kismis (tanpa sulfur)
  • Bunga Roselle
  • Strawberi
  • Rasberi
  • Kurma 
  • Buah Tin kering

Jika anda masukkan ke dalam botol, jangan lupa untuk sendawakan botol anda (burping) dengan membuka petutup setiap 2 jam. Jika anda berkerja atau mahu tidur boleh pasangkan belon di atas penutup botol. Ini supaya botol tidak pecah dan meletup.

KESELAMATAN PENGGUNAAN BALANG/BOTOL KACA ADALAH PENTING. JANGAN LUPA UNTUK SENDAWAKAN BALANG/BOTOL KACA ANDA SENANTIASA

Rupa Air Kefir Fermentasi Kedua yang sudah matang




Minum kefir anda dalam masa 24-48 jam kerana jika di simpan dalam peti ais masih berlaku sedikit pemeraman namun agak perlahan


Roselle dan Hirisan Strawberri
Anda boleh merebus kelopak roselle dengan sedikit gula merah organik dan seduhkan
Kemudian tambah dalam nisbah 30% jus roselle dan 70% air fermentasi kefir 
Biarkan di suhu bilik selama 8 ke 12 jam sebelum di sejukkan
JANGAN LUPA UNTUK SENDAWAKAN BOTOL


Air Kefir dan Rasberi


Air Kefir dan Jus Nenas


Air Kefir dengan hirisan Apple. Sebelahnya bersama- sama jug buah naga



Cara Membuat Soda Probiotik Dengan Bibit Kefir Air



Pada dasarnya anda meletakkan bibit kefir air di dalam air yang manis dan membiarkan mereka menapai selama 24 jam pada suhu bilik. Hasil akan bergantung kepada suhu, jenis gula yang digunakan, kultur kefir air anda, kandungan mineral dalam air yang anda gunakan, dan kurangnya bahan pencemar di dalam air, dan gula dan buah-buahan yang anda gunakan.

Saya lebih suka menggunakan air mineral spritzer kerana kandungan mineralnya yang baik. Kefir air akan mati dalam air berklorin dan air R.O. Air penapis rumah juga kurang menghasilkan produk akhir yang baik.

Di sini adalah resipi khas untuk membuat 1 liter / 1 liter kefir air. Anda akan memerlukan balang 2 liter dan kain kasa/tuala kecil untuk menutup mulut balang untuk memastikan mereka boleh bernafas. Anda juga perlu saringan dan setiap bahan untuk proses bancuhan mestilah PLASTIK ATAU KACA (terutama untuk memeram Bibit Kefir Air)

Di mana untuk mendapatkan Bibit Kefir Air?
Biasanya pemilik akan sedekahkan sahaja lebihan Bibit Kefir Air untuk anda memulakan projek probiotik soda anda. Senarai penderma Bibit Kefir Air ada di group facebook BKA, BKS, Scoby & Minuman/Makanan Probiotik

BAHAN

  • 1 cawan air (lihat di bawah untuk maklumat lanjut mengenai jenis-jenis air).
  • 1 sudu besar gula mentah organik / gula nise / gula melaka (original)/ gula apong
  • Sebagai alternatif, anda boleh menggantikan sistem bancuhan air gula anda dengan air kelapa muda yang segar (bila beli terus dari buah kelapa, jangan di tambah gula atau ais)
  • JANGAN gunakan madu - madu adalah anti mikrob-yang akan membunuh kefir air anda
  • 1 sudu besar bibit kefir air
  • 1 sudu besar molases (optional)



Cara-caranya
Anda perlu cairkan gula dan air mineral anda.
Kalau menggunakan gula melaka/nise saya akan cairkan dengan cara double boiler. Gula melaka yang original tidak keras membatu dan mudah cair dengan cara ini. Selepas itu saya bancuh dengan air mineral spritzer mengikut kadar yang perlu.
Guna mentah organik sangat mudah larut
Pastikan air bancuhan gula sudah diseduh sejuk. JANGAN GUNAKAN AIR GULA YANG MASIH PANAS. Kefir air akan mati






Apabila anda mendapat bibit kefir dari penderma, tapiskan dan buang air yang disimpan bersama-sama bibit kefir yang diberi. Boleh bilas dengan sedikit air mineral jika mahu




Masukkan ke dalam balang. Harus ada banyak ruang udara di bahagian atas balang.




Tutup balang dengan kain longgar supaya kefir air dapat bernafas. Letakkan balang ditempat yang sesuai untuk menapai pada suhu bilik, di tempat gelap daripada matahari..



Kadang-kadang butir kefir air akan sedikit terapung, tetapi kebanyakan mereka tinggal di bahagian bawah balang. .

Apabila minuman anda sedia untuk dibotol, saring keluar butir kefir air untuk membuat menapaian seterusnya. Pakai tapis plastik dan bukan tapis besi. Butiran kefir air itu akan tumbuh sedikit - dari hampir tiada pertumbuhan kepada dua kali ganda, bergantung kepada keadaan dan bancuhan air gula (gula yang digunakan). Saya dapati bila diberi air kelapa - mereka membiak cepat. Namun anda tidak boleh memberi air kelapa secara kerap. Mungkin 1x seminggu atau 2x seminggu

Suhu

Suhu yang sempurna untuk kefir air ialah 22C / 71F. Walau bagaimanapun, ia akan berkembang maju dalam suhu-suhu 18-28C / 65-82F. Pada suhu yang lebih tinggi beberapa mikroorganisma masih akan berkembang, tetapi yang lain akan mati dan integriti simbiotik budaya mungkin akan hilang. Pada suhu yang lebih rendah kefir air anda akan baik-baik sahaja tetapi akan melambatkan proses penapaian. Jika anda tidak perlukan kefir untuk sementara waktu atau anda mempunyai lebihan kefir yang banyak, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk selama minimun 2 minggu pada 4C / 39F. Pembekuan bijirin kefir air biasanya akan menghancurkan mereka.

Bilakah kefir sedia untuk botol?

Fermentasi pertama (1F) anda perlukan masa antara 1 - 3 hari, bergantung pada suhu, jumlah dan kesihatan butiran yang anda gunakan, bahan-bahan, dan kualiti air. Butir kefir pada permulaan adakala akan mengambil masa yang lama, dan mungkin perlu beberapa generasi untuk mendapatkan kembali kekuatan penuh mereka.

Rasa dahulu menggunakan sudu plastik atau kayu untuk mencelup sedikit air. Rasanya seakan air dari tapai beras atau ubit dengan sedikit masam, sedikit menyengat dan rasa manis sedikit. Semasa mula-mula saya minum kefir air mengingatkan saya pada air gula lebihan pada halwa atau jeruk betik yang ibu saudara saya pandai buat.

Adalah penting bahawa ia tidak manis. Biarkan cukup lama sehingga hampir semua gula itu hilang - biasanya dalam cuaca kita di Malaysia, 24 jam sudah cukup.

Kefir Air sukakan tempat gelap. Maka saya suka mengelapkan tepi balang supaya mereka selesa.

Kefir Air yang sudah siap lebih enak di tambah perisa buah-buahan segar (langkah ini di panggil Fermentasi Kedua atau F2)

Manfaat Minum dan Makan Makanan Probiotik




Minum Air Kefir, Kombucha atau makanan jeruk lactofermentasi boleh membantu anda untuk mencapai kesihatan yang optimum, menguatkan sistem imun anda, dan membantu untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Yang paling penting, ia mengembalikan pencernaan yang baik - kunci kepada kesihatan dan umur yang panjang. Apabila badan anda tidak seimbang, bakteria dan yis tidak mesra  boleh mengambil alih - menghasilkan individu yang cepat marah dan penghadaman yang tidak baik, alahan kepada makanan, sakit kepala, selesema, ruam kulit, dan lain-lain gangguan yang lebih serius. Kefir air adalah sesuatu yang anda dan keluarga anda boleh minum setiap hari.

Berikut senarai senarai manafaat minuman dan makanan probiotik


  • Menghalang pertumbuhan bakteria dan yis yang tidak mesra, dan membantu mikroorganisma probiotik bermanfaat untuk menjajah dan berkembang dalam saluran pencernaan anda, dan sepanjang bahagian tertentu badan (kulit, mata, pundi kencing, faraj, hidung, tekak, dan lain-lain).
  • Menyumbang kepada sistem imun yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan .
  • Membantu pencernaan makanan dan mikronutrient. KUNCI untuk kesihatan yang baik adalah pencernaan yang baik dan keseimbangan bakteria baik. Inilah titik permulaan yang penting.
  • Menyembuhkan, atau mengurangkan gejala-gejala sindrom usus IBS termasuk kembung, gangguan pencernaan, cirit-birit / sembelit, loya, tenaga rendah, sakit otot serta sakit.
  • Menyembuhkan dysbiosis usus dan Sibo (bakteri usus kecil ).
  • Peningkatan tenaga dan keseluruhan kesihatan menjadi lebih baik.
  • Boleh berhenti "cravings" atau mengidam untuk makan makanan yang tidak sihat, terutamanya gula dan makanan manis.
  • Warna kulit dan keadaan anda secara keseluruhan bertambah baik. Dapat meringankan atau menyembuhkan keadaan kulit seperti psoriasis , ekzema dan jerawat .
  • Rambut dan kuku tampak lebih sihat, dan menjadi lebih kuat dan lebih baik.
  • Pembersihan hati, seperti dalam perubatan tradisional Cina, dengan itu mengurangkan sakit-sakit sendi, dan memberi manfaat kepada mata.
  • Kelenjar (endokrin) sistem (adrenal, tiroid, pituitari, ovari) mendapat manfaat. Wanita mempunyai haid lebih sihat, ada wanita yang mengalami tempoh haid sekali lagi selepas putus haid.
  • Kesan tranquillising ke atas sistem saraf telah membantu banyak yang mengalami gangguan tidur dan insomnia , kemurungan , ADHD dan autisme .

Kefir air / tibicos - probiotik indah, rahsia seumur hidup


Apakah itu Kefir Air?

Kefir air adalah minuman yang ditapai dengan manfaat penuh probiotik bakteria daripada proses fermentasi bibit kefir air.

Ia cepat, MURAH dan mudah untuk disediakan, dan setelah dibancuh, benar-benar lazat. Bahkan anak-anak kecil boleh menikmatinya. Ia mempunyai sedikit rasa manis dan rasa ragi seperti air lebihan tapai beras atau tapai ubi, bergantung kepada bagaimana ia telah disediakan. Kefir air adalah sumber luar biasa bakteria berfaedah; ia juga mengandungi pelbagai enzim dan asid organik, dan pelbagai vitamin B, vitamin K dan asid folik (*).

Kefir berarti "perasaan baik" dalam bahasa Turki. Bibit Kefir Air juga dikenali sebagai tibicos atau Alga Kristal Jepun.

Kefir air dibuat dengan merendam bibit kefir air (struktur seakan-akan agar-agar yang kecil dan lutsinar yang terdiri daripada pelbagai bakteria dan yis), air mineral dan gula. Bibit kefir air putih lutsinar dan mudah pecah apabila tersepit di antara jari-jari. Mereka lebih dekat menyerupai kristal yang tidak teratur. Anda boleh makan butir kefir, mereka tidak mempunyai rasa yang banyak tapi adalah probiotik yang baik.

Jika anda seperti saya tidak mahu mengambil produk kefir susu, kefir air adalah alternatif yang baik sebagai sumber probiotik bukan tenusu yang sangat baik. Lain-lain makanan probiotik bukan tenusu adalah termasuk kombucha , sauerkraut, tempoyak dan juga budu serta cencaluk.

Hanya kerana membuat kefir air menggunakan gula yang banyak dan mungkin tinggi kandungan gula, jangan mudah merasa takut. Ini kerana gula yang banyak itu adalah makanan yang akan dicernakan oleh bakteria dan yis bibit kefir air tersebut.

Oleh itu kefir air perlu untuk hidup dalam media gula. Kefir air menyembuhkan candida, dan sesuai untuk pesakit kencing manis dalam kuantiti yang kecil dengan syarat mereka memantau tahap gula dalam darah mereka. Banyak manfaat kefir air yang terlalu penting dalam hidup kita untuk tidak mampu kita abaikan.

Bibit kefir air adalah kultur bakteria dan ragi didalam matriks polisakarida yang dibuat oleh beberapa bakteria. Mikroba dalam bijirin kefir bertindak dalam simbiosis untuk mengekalkan kultur yang stabil. Mereka boleh melakukan ini dalam banyak cecair manis yang berbeza, makan dari gula untuk menghasilkan asid laktik, asid asetik, alkohol (etanol) dalam kualiti yang dibenarkan (0.64% di bawah 1% fatwa minuman yang dihasilkan bukan bertujuaan untuk memabukkan), dan gas karbon dioksida yang akan meng-karbonat-kan minuman. Apabila dijaga dengan baik dan teratur kultur ini, mereka menghasilkan minuman probiotik yang kaya, terus berkembang dan membiak selama-lamanya.

Kefir air sangat berbeza dengan kombucha, bakteria dan yis yang berbeza, nutrien yang berbeza, faedah terapeutik yang berbeza dan rasa yang sama sekali berbeza. Anda tidak boleh membandingkan atau menggantikan satu dengan yang lain.

Anda boleh membancuh kefir air dengan pelbagai buah-buahan, air kelapa, dan pelbagai jenis gula semulajadi (bukan gula berproses seperti gula putih), yang menghasilkan rasa yang kompleks dan indah. Selepas anda memeram kefir air / tibicos anda, ia adalah mudah untuk menambah perisa lain selepas itu.

*. K. Ramotar, J. M. Conly, H. Chubb, T. J. Louie. Production of Menaquinones by Intestinal Anaerobes The Journal of Infectious Diseases, Vol. 150, No. 2, Augugust 1984. (pp. 213-218) Article